Jangan yakin sangat selepas pembedahan

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata “Syukurlah, semuanya sudah berlalu.”

“Jangan terlalu yakin,” kata Akhbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. “Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan se
kali lagi!”

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, “Minggu lepas, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.”

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru “Ada sesiapa yang nampak handphone saya?”

No comments: